Thursday, October 30, 2014

ARJUNA DAN TAMING SARI LAGENDA

TRAVEL at Malacca Historical City


Bak kata Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'. Daripadalah zaman Parameswara, penjajahan Portugis, Belanda, Jepun, British sampailah Merdeka. Melaka Malaysia mahsyur di persada dunia.
Aiseyh intro dia macamlah nak bagi info sejarah pulak. Takdelah... 


Al-kesahnya....


Tujuan blog ini diadakan. huhuhh.. lebih kepada memperkenalkan sesetengah kawasan yang merupakan 'hidden gems' dari kaca mata hitam Ray Ban blogger sendiri iaitu anak jati Melaka. Yang juga mungkin bermanfaat untuk dijadikan panduan percutian kepada sesiape yang tak pernah travel ataupun dah berkali-kali datang ke Melaka termasuklah kepada pelancong asing atau pendatang asing sekalipun. Gaya penulisan secara santai. Semoga info yang bakal disampaikan sedikit berguna kepada semua.Lagipun ini 'first time' cuba berjinak-jinak dengan blogging, Ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap =)

Untuk post pertama ni, saya nak share pandangan dari atas Menara Berputar Taming Sari. Yeahhhhh ;)

Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan. Lokasi di tengah pusat bandaraya Melaka, terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Dataran Pahlawan dan juga bertentangan dengan pusat beli belah Mahkota Parade.
Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan anda tidak akan mudah dilupakan serta pasti meninggalkan kenangan. 
Di sekitar menara juga terdapat gerai yang menjual pelbagai cenderamata dan pengunjung juga akan diambil gambar sebelum menaiki menara dan mempunyai pilihan untuk membeli gambar sekiranya berminat. 


night view malacca taming sari rotating tower

view from Malacca Taming Sari rotating tower 


Datuk Shahrukh Khan at Malacca Taming Sari Rotating Tower

Menara Taming Sari Spesifikasi

Ketinggian: 80meter
PemandanganSelat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri
Tempoh perjalanan: 7minit
Kapasiti penumpang: 80 orang
Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam
Harga Tiket 
Dewasa RM 20.00 
Kanak-kanak: RM10.00 
(dengan mykad kurang 50%) 




Sekian dulu dari saya buat masa ini.. Nantikan post-post saya yang seterusnya   =)))








santai di melaka 
santai2melaka
santai2 melaka
santai menara taming sari melaka
taming sari rotating tower
arjuna santai melaka
arjuna dan taming sari melaka
www.santai2melaka.blogspot.com

5 comments:

Appreciate every comments. Please share & follow me at this blog. Thank You.